Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) ingin memaklumkan bahawa semua pejabat S.P.A.D. Wilayah, Negeri dan U.T.C di seluruh negara akan ditutup beberapa hari sempena cuti hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pejabat S.P.A.D UTC Kuala Lumpur, UTC Alor Star, UTC Ipoh dan UTC Kuantan akan ditutup selama empat (4) hari bermula pada 26 Julai 2014 (Sabtu) hingga 29 Julai 2014 (Selasa).

Pejabat S.P.A.D Kelana Jaya, Muar, Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, CSC Seremban dan CSC Johor Bahru akan ditutup selama dua (2) hari bermula pada 28 Julai (Isnin) sehingga 29 Julai 2014 (Selasa).

Pejabat S.P.A.D Kuala Terengganu pula akan ditutup selama tiga (3) hari bermula pada 27 Julai (Ahad) sehingga 29 Julai 2014 (Selasa). Semua pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada 30 Julai 2014 (Rabu).

Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan adalah amat dikesali.

S.P.A.D ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan kami yang beragama Islam.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PENUTUPAN OPERASI PEJABAT SPAD SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014/1435H

Leave a Reply